Friday, January 29, 2010
Tuesday, January 19, 2010
Aku ingin berubah...
Mati Hidup Semula
Tak sudi memandang tidak mengapa
Kerana ku mengerti aku insan hina
Tapi dengar apaku katakan
Untuk pedoman di hari muka
Dulu hidupku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walaupun peritnya setengah mati
Baru kukenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ayah ibu adik abang
Kerana dulu fikiran melayang
Jalan nak ku lalu masih panjang
Akanku tempuh hari mendatang
Kepadaku berilah peransang
Agar kejayaan dapatku julang
Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit didada
Selagi aku bernama manusia
Tak lepas dari salah dan dosa
Salahku lakukan meruntuhkan nama
Kerana perbuatan mengikut rasa
Namunku bersyukur pada yang Esa
Setelah matiku hidup semula
Tak sudi memandang tidak mengapa
Kerana ku mengerti aku insan hina
Tapi dengar apaku katakan
Untuk pedoman di hari muka
Dulu hidupku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walaupun peritnya setengah mati
Baru kukenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ayah ibu adik abang
Kerana dulu fikiran melayang
Jalan nak ku lalu masih panjang
Akanku tempuh hari mendatang
Kepadaku berilah peransang
Agar kejayaan dapatku julang
Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit didada
Selagi aku bernama manusia
Tak lepas dari salah dan dosa
Salahku lakukan meruntuhkan nama
Kerana perbuatan mengikut rasa
Namunku bersyukur pada yang Esa
Setelah matiku hidup semula
Posted by Sham at 7:08 AM 0 comments
Tuesday, January 5, 2010
Mutiara Kata untuk semua...
- Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
- Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.
- Kita tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang kita suka.
- Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
- Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain.
Posted by Sham at 5:47 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)