BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 30, 2009

"BERMUSUH DENGAN SIFAT MALAS"

Malas adalah musuh utama manusia untuk bergerak maju. Oleh itu, kita perlu buang sifat malas, supaya motivasi untuk kita berdaya maju tidak pudar. Cuba anda renungi diri sendiri, tanya diri sendiri “ Aku ni okey ke?”. “Aku ni okey ke pada pandangan mata aku sendiri dan pada pandangan mata orang lain?”

Mungkin pada padangan mata kita sendiri, kita adalah orang sempurna, sebab kita tahu siapa kita, kita memutuskan apakah yang hendak kita nilai pada diri kita. Namun hakikatnya, jarang sekali dalam penilaian tersebut mengambilkira tingkahlaku yang baik atau buruk serentak.

Macam mana pula pada pandangan mata orang lain terhadap kita? Cuba fikirkan… Jawapannya, sudah tentu mereka mengatakan kita okey. Lainlah kalau memang kita orang yang bermasalah. Mengapa mereka mengatakan kita okey?, sebab orang lain tidak selamanya berada bersama kita. Oleh itu, kita ni okey atau tak okey, kita saja yang tahu. Jadi, marilah kita sama-sama tanya diri kita sendiri, ‘Kita ni okey ke?’, dan jawapannya mestilah dengan hati kecil, hati yang jujur dan ikhlas.

Berbalik pada persoalan asal iaitu berkaitan perkataan yang amat dimusuhi oleh perkataan motivasi. Iaitu malas.

Apa pun yang kita lakukan, kalau ada perkataan malas di hujung, jawapannya gagal, separuh gagal atau kesannya output yang terbentuk bermalas-malas (sekadar melepas batuk ditangga).
Pelajar – pelajarannya akan merosot
Pekerja – hasil kerjanya tidak menepati sasaran syarikat.
Suri rumah – banyak tidur dan mengumpul lemak
Pemimpin – kepimpinannya hentam keromok

Cth: Sebelum pergi ke pejabat; kalau kita sudah set minda bahawa banyak benda kita nak buat dipejabat, esoknya bangun pagi sahaja kita dah katakan pada diri kita “Malasnya nak pergi ke pejabat”.

Malasnya nak bangun
Malasnya nak solat subuh
Malasnya nak mandi
Malasnya nak buat sarapan
Malasnya nak pandu kereta/motor
Malasnya nak buat kerja

Saya percaya hari tersebut merupakan hari yang kurang berkualiti bagi diri kita. Semua ini sebab apa? Sebab ada perkataan malas. Hanya satu perkataan ini boleh merubah begitu sekali nilai hidup kita. Hanya kerana malas, bukan sahaja hidup tidak berkualiti malah matlamat yang menjadi target hidup pun boleh tersasar. Keseimpulannya, MALAS pembunuh motivasi diri manusia yang utama.

3 cara untuk mengelak rasa malas;

Buang perkataan malas dengan pantas – malas berlaku bila kita berseorangan. Jadi, pertama buang perkataan
malas ganti dengan pantas dan anggaplah ada yang memerhati.

Guna otak kanan iaitu otak kreatif – selalu mengubah perjalanan (approach) hidup hari demi hari. Namun, hasrat,
target, sasaran, kehendak, kemahuan, azam dan cita-cita tetap sama.

Beri stamina kepada diri sendiri – orang jadi malas sebab dia tidak bertenaga, tidak ada hasrat, target, sasaran,
kehendak, kemahuan, azam dan cita-cita.

Renungan “ Perubahan yang paling baik ialah perubahan yang berlaku dari dalam sebab itu kekal, perubahan yang paling buruk ialah perubahan luaran sebab itu hanya lakonan”.

hOW aRe U FeElinG tOdAy??????